Resolving timed out after 5319 milliseconds

gundam odaiba

Gundam gergasi skala 1:1 merupakan tarikan pelancong yang sangat popular di Odaiba Diver City, Tokyo. Awal tahun 2017 ini, ramai peminat Gundam patah hati kerana Gundam gergasi ini akan dirobohkan selepas 5 tahun ‘beraksi’ di depan peminat yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Untuk pengetahuan anda, Gundam gergasi versi baru sedang dibina di tapak yang sama dan akan dilancarkan tidak lama lagi, dan ‘versi’ baru ini dilaporkan akan lebih canggih dan hebat berbanding versi sebelumnya,

Gundam Gergasi Baru Di Odaiba Ini Nampak Lebih Bergaya Berbanding Versi Sebelumnya

Rekaan gundam gergasi versi baru ini adalah berasaskan RX-O Unicorn Gundam. Menariknya, versi baru ini akan mempunyai pergerakan antenna dan lampu-lampu bercahaya di bahagian zirah.

Ini adalah rekaan RX-0 Unicorn Gundam – normal mode dan Destroy mode.

rx-0 unicorn gundam

Tak sabar nak tengok versi penuh RX-0 Unicorn Gundam nanti !

Throwback hari-hari terakhir Gundam Odaiba sebelum dirobohkan.

Sumber : Giant Gundam